Pasangan kekasih cedera kereta bertembung Mitsubishi Triton lawan arus

0
2

SEPASANG kekasih cedera apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 4.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam, Butterworth.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, pemandu lelaki berusia 27 tahun yang dan teman wanitanya berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Assisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pihaknya memperoleh maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan ini membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Volkswagen warna merah yang dipandu seorang lelaki dengan membawa seorang wanita dan kereta 4WD jenis Mitsubishi Triton warna putih.

“Ketika tiba di lokasi, pemandu Mitsubishi Triton memandu melawan arus sehingga bertembung dengan kenderaan dinaiki lelaki dan wanita terbabit.

“Akibat daripada pertembungan itu, lelaki serta wanita berkenaan cedera di perut dan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Radzi berkata, pemandu pacuan empat roda itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here