Jemaah terkandas: Polis terima 57 laporan babit kerugian lebih 2.3 juta

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS menerima 57 laporan berkaitan dakwaan penipuan pakej haji UC Travel dan Syarikat Al Amin Umrahhaj membabitkan kerugian lebih RM2,371,500.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menerima 57 laporan polis di lapan negeri berkaitan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan terbabit.

“Ia membabitkan 25 laporan di Selangor, 23 laporan di Kuala Lumpur, empat laporan di Pahang dan masing-masing satu laporan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor serta Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, jumlah kerugian paling tinggi direkodkan di Pahang iaitu RM874,000 diikuti Kuala Lumpur (RM765,500) dan Selangor (RM620,000).

“Selain itu, Terengganu dilaporkan mencatatkan kerugian RM38,000, Pulau Pinang (RM32,000), Perak (RM25,000) dan Negeri Sembilan (RM16,000),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lima individu ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan, semalam, yang dipercayai terbabit insiden hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, kelmarin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here