DAP, Amirudin bincang strategi kekal kuasa di Selangor

0
3

MISI Pakatan Harapan (PH) untuk kekal mentadbir Selangor buat penggal keempat semakin rancak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berkongsi mengenainya di Facebook, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke semalam mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Shah Alam.

Kunjungannya turut disertai Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim; Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim dan seorang lagi Exco DAP, V Ganabatirao.

“Perbincangan kita fokus kepada persiapan PH Selangor menghadapi PRU15 dan strategi untuk mengekalkan kuasa di Selangor.

“Saya menegaskan bahawa kepimpinan kerajaan negeri yang jelas dan stabil sangat penting dalam memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong PH,” katanya.

Loke berkata, DAP berada dalam pentadbiran Selangor selama tiga penggal dan yakin pengalaman itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here