Covid-19: Kes naik bukan di kalangan ahli politik semata-mata

0
2
SEPANG 15 JULY 2016. Kelihatan orang ramai beratur untuk membuat pemeriksaan di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke destinasi masing-masing. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PENINGKATAN kes Covid-19 membabitkan individu dari Sabah bukan hanya di kalangan ahli politik semata-mata.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu turut membabitkan orang awam termasuk pelancong yang pulang dari negeri berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini lebih 13,000 individu pulang dari Sabah telah menjalani saringan Covid-19 dengan lebih 130 disahkan positif.

“Ia (individu positif) satu peratus dari mereka yang kembali dari Sabah… ramai yang panik kata separuh yang positif, kalau separuh maknanya lebih 7,000 kes positif.

“Hanya satu peratus… tetapi daripada jumlah itu bercampur-campur, ada ahli politik, ada pelancong pulang dari Sabah., tidaklah orang politik semata-mata,” katanya. -Malaysiapost