Polis panggil penganjur perhimpunan Majlis Peguam untuk bantu siasatan

0
2

POLIS akan memanggil penganjur ‘Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman’ di Padang Merbok, Jalan Parlimen seamalm, untuk dirakam keterangan minggu depan.

Ketua Polis Daerah Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata dianggarkan seramai 220 individu terdiri daripada ahli Majlis Peguam hadir pada perhimpunan tersebut dan pihaknya sudah mengenal pasti individu berkenaan.

“Kita telah kenal pasti individu yang akan dipanggil termasuk semua penganjur yang hadir pada perhimpunan terbabit.

“Kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, ratusan peguam berhimpun menyertai ‘Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman’ anjuran Badan Peguam Malaysia.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi di Padang Merbok bagi memberi isyarat jelas menuntut agar Badan Kehakiman terus bebas daripada mana-mana pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here