Zahid mohon maaf kepada rakyat, ‘frontliners’

0
3

UMNO dan Barisan Nasional (BN) memohon maaf kepada rakyat dan petugas barisan hadapan (frontliners) berikutan peningkatan kes Covid-19 akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan PRN Sabah yang diadakan itu bukan pilihan awal BN.

“Kedudukan terkini Covid-19 merisaukan. Mewakili Umno/BN mohon maaf kepada rakyat dan frontliners berikutan peningkatan wabak akibat PRN Sabah yang diadakan bukan pilihan awal BN.

“Ahli dan jentera BN pada PRN Sabah perlu mematuhi SOP KKM. Jaga diri dan berdoa Allah SWT pulihkan wabak ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam ini.

Hari ini, sebanyak 260 kes baharu Covid-19 dicatatkan, iaitu kes harian kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini. – Malaysiapost