MOF sedia platform pelbagai pihak kemuka input dan memorandum Bajet 2023

0
2

KEMENTERIAN Kewangan Malaysia (MOF) mengajak pelbagai pihak mengemukakan cadangan untuk dilaksanakan dalam Bajet 2023.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini kementerian itu memaklumkan cadangan itu boleh dibuat secara dalam talian.

“Dewan-dewan perniagaan, agensi-agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil dijemput untuk mengemukakan input dan memorandum Bajet 2023 secara dalam talian.

“Input boleh dikemukakan melalui https://budgetmemorandum.treasury.gov.my sebelum 24 Jun 2022,” menurut MOF.

Portal berkenaan disediakan bertujuan untuk menyediakan platform bagi organisasi swasta untuk menyumbang idea mengenai isu-isu serta cadangan penyelesaian untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here