Pak Ngah
PERBICARAAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencuri tumpuan apabila saksi mendedahkan kod nama digunakan dalam buku lejar “faraid” UKSB dari tahun 2014.
Namun agak menghairankan apabila kod nama FM kekal FM, AK kekal AK? Bagaimana pula nama Rosli dan Shahril? Bagaimana dengan KJ? Kod nama inj konsisten dicatat dalam buku lejar “faraid” itu.
Bagi satu tempoh yang panjang kenapa perlu tukar kod nama sedangkan Saksi Pendakwaan ke 17, yang juga Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB), David Tan, 47 memberitahu mahkamah hari ini bahawa hanya dia sahaja yang tahu perincian mengenai buku lejar “faraid” UKSB.
Jadi kenapa perlu tukar tukar kod nama. Adakah ia sengaja dikaitkan dengan Zahid untuk dijadikan kambing hitam dalam kes ini.
Kod nama lain juga terutama, FM dan AK menerima bayaran yang bukan sedikit daripada UKSB tetapi pendakwaan seolah oleh buta sebelah mata mengenai fakta ini.
Jadi betul lah pendakwaan ini adalah pendakwaan terpilih. Mon, Monster, Z,ZH, YB, Young Boys adalah orang yang berlainan tetapi sengaja dikaitkan dengan Zahid untuk menampakkan kod nama yang disebut itu adalah orang yang sama.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada tiga sekawan “Three Stoogers” dalam kes UKSB lawan Zahid ini mereka yang menjadi saksi pendakwaan ke 15, Harry Lee, saksi ke 16, Wan Badak dan Saksi ke 17, David Tan sedang bertempur sesama sendiri.
David Tan hari ini memberitahu mahkamah bahawa lejar yang didakwa ditulis olehnya sebagai catatan Wang keluar masuk tidak pernah dilihat oleh orang lain.
Tetapi Wan Badak dalam pemeriksaan balas tempoh hari boleh mengesahkan bayaran pernah dibuat kepada KJ iaitu Khairy Jamaludin melalui lejar tersebut.
Jadi siapa boleh sahkan ni betul, David Tan pun kata ini bukan lejar rasmi tetapi lebih kepada catatan peribadi beliau.
Melalui lejar ini juga David Tan mendakwa bayaran dibuat kepada monster, ZH dan lain lain kod nama adalah bermaksud dibuat kepada Zahid.
Bersusun dalam lejar berkenaan nama monster, Mon, ZH, Z, young Boys merujuk pada Zahid tercatat, namun hakikatnya tiada satu pun “evidence” menunjukkan tunai yang dimaksudkan sampai ke tangan Zahid.
David memberitahu mahkamah, dia hanya pergi ke kediaman Zahid di Seri Satria sekali sebanyak dua kali iaitu bersama Wan Badak dan sekali lagi lengkap bertiga David, Wan Badak dan Harry Lee.
Itupun katanya, untuk kali pertama dia membawa sejumlah wang tunai di dalam sampul dan pada kali kedua dia membawa sejumlah wang di dalam beg bagasi.
Sedangkan beg bagasi tidak pernah disebut oleh Wan Badak dan Harr Lee sebelum ini.
Kata David lagi, sampul berkenaan ditinggalkannya di atas meja di kediaman Zahid manakala beg bagasi ditinggalkannya di dalam sebuah bilik di Seri Satria pada hari berlainan.
David juga mendakwa pada satu tempoh tertentu dia membayar sebanyak SGD300,000 kepada Zahid tetapi rekod di dalam lejar berkenaan menunjukkan pengeluaran sebanyak tiga kali kesemunya berjumlah SGD900,000.
Dia dakwa, membayar Zahid SGD300,000 tetapi ada lebihan SGD600,000 lagi untuk siapa?
Sebagai fakta di mahkamah lejar yang dikemukakan di mahkamah ini tidak menunjukkan tunai dibayar terus ke tangan Zahid. Tetapi wujud satu watak iaitu Nicole yang didakwa menguruskan tunai masuk (mungkin secara haram) dari Hong Kong ke negara ini.
Catatan lejar menunjukkan wang berkenaan hanya diberikan kepada Harry Lee dan tidak kepada Zahid.
Tunggu pemeriksaan balas nanti, mungkin akan nampak betapa berselirat dan bersimpulnya fakta yang dikemukakan tiga sekawan ini.
Nota: Pak Ngah adalah nama pena, beliau adalah penulis yang mengikuti secara langsung perbicaraan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak mewakili pendirian Malaysiapost

