PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi kisah mengenai seorang jemaah umrah yang meninggal dunia sejurus tiba di tanah air.
Perkara tersebut dicoretkan menerusi hantaran di laman Instagramnya, pagi tadi.
“Jemaah umrah rebah dan meninggal dunia tatkala pulang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah selesai melaksanakan ibadah umrah.
“Moga Allah memuliakan Almarhumah Norasiah Alwi. Husnul Khatimah. Pemergian yang dicemburui. Salam takziah buat seluruh keluarga.
“Selagi belum sampai ke rumah, Almarhumah masih berstatus tetamu Allah. Al-fatihah,” tulisnya dalam hantaran itu.
Dalam hantaran itu juga, PU Amin berkongsi gambar, memaparkan jemaah itu terbaring di lantai lapangan terbang.
Hantaran itu dibanjir dengan ucapan takziah daripada netizen dan tidak kurang juga mendoakan kesejahteraan roh arwah. – Malaysiapost

