PRU perlu disegerakan lepas MoU dengan PH tamat – Razlan

0
2
Datuk Razlan Rafii

PARTI politik harus bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU), tiada istilah ‘sudah bersedia atau belum bersedia’ kerana apabila masuk tahun terakhir penggal, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata tambah pula masa adalah menjadi faktor utama kerahsian untuk parti kerajaan bagi mencipa kemenangan.

“Isu Ekonomi, Isu kesihatan dan banyak isu lain adalah berkait rapat dengan kestabilan politik, umum tahu bahawa selagi tiada mandat jelas dalam Kerajaan yang dipilih, 

“Ianya akan menjadi sukar untuk sesuatu dasar jangka panjang dan sederhana dapat di lakukan, hari ini semua yang Kerajaan buat bersifat jangka pendek atau ‘ad hoc’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razlan berkata, keputusan Umno adalah jelas serta diterima pakai semua kepimpinan, iaitu tiada lagi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) selepas  Julai ini, dan tiada sambungan atau istilah lain. 

Ujarnya, sebaik sahaja MOU tamat, PRU harus disegerakan bertujuan memberikan rakyat hak mengundi setelah sekian lama mereka hidup dalam ketidak tentuan politik. 

Beliau menambah, Malaysia adalah negara demokrasi, demikian itu selagi mandat tidak diperolehi maka negara luar akan sangsi dengan sistem demokrasi negara.

“Selama Perdana Menteri dilantik, ada banyak yang telah dilakukan dan rakyat mendapat nikmat sebaik sahaja (Tan Sri) Muhyddin dan (Tun Dr) Mahathir meletak jawatan, namun penggal ini mempunyai tempoh, kita jangan lawan tempoh, ianya akan habis beberapa bulan lagi,” katanya.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk memberikan rakyat mandat memilih, kerana apa yang dilakukan  PH semasa memerintah merupakan mimpi ngeri rakyat.

“Insyallah rakyat tidak sabar memilih BN semula,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here