Cuti jaga anak diisolasi bukan tiket pergi melancong

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengingatkan kemudahan cuti menjaga anak yang diisolasi atau memerlukan pengasingan bukan tiket untuk pergi bercuti atau melancong.

Menerusi perkongsian di Facebook, KKM menjelaskan ia diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan memerlukan pengasingan.

“Ini termasuklah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD),” menurut hantaran itu.

Susulan itu KKM mengingatkan agar orang ramai menggunakan tempoh itu untuk menjaga kesihatan dan kebersihan anak-anak, diri dan keluarga.

Ia juga berkongsi pekeliling berhubung kemudahan cuti kuarantin untuk rujukan semua di https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2022/2458-penambahbaikan-kemudahan-cuti-kuarantin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here