Pengamal media perlu jadikan prinsip al-amanah, as-siddiq sebagai panduan

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=554551469576061&set=pb.100050636372668.-2207520000..&type=3

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) berharap semua pengamal media, terutama wartawan yang melaporkan berita kepada rakyat, agar menjadikan prinsip al-amanah dan as-siddiq sebagai panduan.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata Al-Amanah bermaksud jujur dalam menyampaikan berita dan tidak melaporkan berita yang ditambah perasa untuk rating sahaja.

As-Siddiq pula katanya, bermaksud melaporkan sesuatu yang benar, dan bukannya “fake news” yang tidak disiasat dengan teliti.

“DPIM turut berharap kerajaan untuk memberikan ruang dan kebebasan kepada media, selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Pengamal media perlu kebebasan berkarya untuk memberi laporan terbaik kepada rakyat. Kerajaan hari ini dilihat sangat terbuka dalam memberi kebebasan media,” katanya menerusi kenyataan.

Shahir berkata, penambahbaikan yang boleh dilaksanakan kepada pengamal media adalah memberi ruang mereka melaksanakan lebih banyak dialog, debat dan diskusi ilmiah agar rakyat mendapat manfaat.

“Seharusnya kerajaan dan pihak media tidak perlu risau dengan saranan ini kerana rakyat sudah mula mempraktikkan politik matang.

“Pada masa sama, pemegang taruh kepada syarikat media dan agensi berita perlu mengambil pendirian neutral dalam semua segi.

“Dengan ini, Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bakal melonjakkan profesion pengamal media di persada antarabangsa,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Shahir Adnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here