Dr Sahruddin dilantik Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor 

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor, berkuat kuasa hari ini. 

Perlantikan itu dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu. 

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau menyambut baik pelantikan bekas Menteri Besar Johor itu. 

“Seluruh kepimpinan Bersatu juga menyokong pelantikan ini kerana ia akan membolehkan Tan Sri Muhyiddin memberi tumpuan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional. 

“Dr Sahruddin mempunyai pengalaman luas mentadbir parti dan negeri Johor. Beliau merupakan Setiausaha Bersatu Negeri Johor, dan juga mantan Menteri Besar. 

“Saya yakin beliau akan dapat memperkukuh Bersatu dan PN di Johor, terutama dalam agenda memastikan kebajikan rakyat Johor terjaga,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here