PM zahir penghargaan kepada pimpinan Umno, BN

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana memberi kepercayaan kepadanya bagi menerajui tampuk kepimpinan negara sejak 21 Ogos tahun lalu.

Naib Presiden Umno itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua parti komponen kerana menyokong beliau sebagai ‘poster boy’, sekaligus, sebagai calon Perdana Menteri ke-10 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Yang sepertimana yang telah diputuskan sebulat suara oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan direstui oleh semua parti komponen BN,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN sempena Ulang Tahun BN ke-48 di PWTC, hari ini.

Ismail Sabri berkata, amanah yang diberikan itu bukanlah mudah dan merupakan tanggungjawab yang berat.

“Bukan hanya untuk saya tetapi dipikul bersama anggota BN. Jatuh bangun dan kalah menang parti kita bergantung atas kebersamaan, bak kata pepatah; Terapung sama hanyut, terendam sama basah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here