Dana RM500 juta untuk koperasi sektor makanan 

0
2

KOPERASI yang terlibat dengan makanan kini berpeluang memohon dana RM500 juta ‘Agro Food Facilities’ di bawah Bank Negara. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata dana itu penting dalam usaha kerajaan membantu menyelesaikan isu kenaikan harga barang dan meningkatkan pengeluaran makanan. 

Beliau berkata, dana yang sebelum ini dibuka kepada syarikat telah dipersetujui dibuka kepada koperasi yang terbabit dalam makanan. 

“Dalam senarai kita ada 15 koperasi yang jalankan ternakan ayam, mereka berjaya hasilkan 24 juta ternakan ayam. 

“Ada koperasi hasilkan makanan haiwan ternakan dan semua ini boleh memohon dana berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ANGKASA semalam. 

Turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah. 

Ditanya adakah harga barangan koperasi akan kekal walau berlaku inflasi, isu bekalan dan isu matawang jatuh, jelasnya menerusi subsidi diberi kerajaan yakin harga barangan kekal malah diturunkan untuk manfaat rakyat. 

“Sebanyak 500 Coopmart menyediakan barangan dengan harga berpatutan dan murah selepas mendapat subsidi yang diagihkan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here