KBEA rai 39 usahawan anak Kelantan yang berjaya

0
1

Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan malam tadi meraikan 39 usahawan hebat yang mampu meneruskan kelangsungan perniagaan meskipun berdepan pandemik Covid-19.

Pengerusi Kelantan Business Entrepreneurship Award 2022 (KBEA 2022), Shahir Adnan, berkata ia sesuai dengan tema program itu “ayuh, kami raikan kehebatan anda”.

“Covid-19 telah memberi impak yang besar kepada perniagaan tempatan dan ramai usahawan yang masih lagi mengambil masa untuk memulihkan keadaan perniagaan mereka.

“Walaupun diuji dengan musibah termasuk terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan penutupan perniagaan akibat Covid-19 selama hampir dua tahun, ramai juga yang berjaya menyelamatkan perniagaan mereka.

“Berbekalkan kekuatan, berbekalkan usaha dan kebijaksanaan menguruskan perniagaan, pihak KBEA 2022 bersetuju untuk menganugerahkan Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan kepada anak Kelantan yang berjaya dalam dunia perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kota Bharu malam tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Shahir berkata pihak KBEA menerima jumlah pencalonan sebanyak 100 penyertaan, namun, berdasarkan penilaian yang dibuat jawatankuasa itu seramai 39 orang layak menerima anugerah berprestif itu.

“Bertemakan ‘ayuh, kami raikan kehebatan anda’ atau ‘let’s celebrate your excellence’, pihak KBEA membuktikan bahawa sektor perniagaan dan keusahawanan anak Kelantan tetap berkembang maju.

“Pihak KBEA menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan dalam memberi dorongan dan dalam memberi sokongan yang berterusan, khususnya Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kelantan,Hanifa Bin Ahmad,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here