Pemilihan PKR: Saifuddin ucap tahniah kepada Rafizi

0
2

CALON Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada pencabarnya Rafizi Ramli yang juga bekas naib presiden parti, susulan keputusan tidak rasmi pemilihan kepemimpinan yang diumumkan hari ini.

Ucapan itu dibuat setelah Rafizi terus mendahului beliau dalam undian yang dijalankan di semua cabang di seluruh negara.

Berdasarkan undi yang dikira sehingga jam 8.30 malam ini, kecuali Sarawak, Rafizi kini memperoleh 67,895 undi.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti telah paparkan keputusan pemilihan pada hari ini.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang.

“Syabas juga diucapkan kepada semua yang terpilih Ketua Cabang, AMK dan Wanita dan Jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR mengambil sikap mudah dan jelas serta menghormati keputusan yang dibuat anggota parti, khususnya dalam melaksanakan amalan demokrasi.

“Amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturrahmi. Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah Keadilan akan terus kuat.

“Tugas saya masih tertumpu penganjuran Kongres Nasional pada Jun ini. Kongres masih perlu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan sesuai Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Menurutnya kira-kira 3,000 perwakilan akan memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya selesai sahaja proses pemilihan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempunyai satu barisan kepemimpinan yang baharu dan lengkap.

“Tugas saya bernoktah di situ. Tugas seterusnya .. kepimpinan baru mempersiap parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here