Ketua Cabang: Afdlin Shauki kecundang kepada Nik Nazmi

0
1

DATUK Afdlin Shauki muncul artis ketiga gagal dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR, hari ini. 

Beliau menuruti jejak kecundang dua artis yang lain iaitu Datuk Hans Isaac dan penyanyi Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet yang juga gagal merebut jawatan ketua cabang pada pemilihan PKR 2022 ini. 

Afdlin yang juga seorang pengarah filem kecundang dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR 2022 kali ini gagal meraih kejayaan.

Terdahulu, Hans Isaac dan Altimet juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara Altimet (589 undi).

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here