PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida kerana menerima baik dan bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan diplomatik Malaysia – Jepun.
Beliau berkata, hubungan kedua-dua negara dipertingkatkan dari ‘Strategic Partnership’ kepada ‘Comprehensive Strategic Partnership’.
“Bertemu rakan sejawatan saya, Fumio Kishida. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun.
“Banyak perkara dibincangkan termasuk Dasar Pandang ke Timur yang memasuki tahun ke-40.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri Jepun kerana menerima baik dan bersetuju meningkatkan hubungan diplomatik Malaysia – Jepun dari Strategic Partnership kepada Comprehensive Strategic Partnership,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan atas sumbangan vaksin dan peralatan perubatan dari Jepun ketika negara berdepan cabaran Covid-19. – Malaysiapost

