Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

0
1

ISTERI kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datin Sri Feona Sim @ Norjanah dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Santubong itu, memaklumkan Allahyarham yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

“Allahyarham berkahwin dengan Wan Junaidi pada tahun 1972 di Rumah Sarawak yang didiami Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub yang juga merupakan ‘bapa angkat’ kepada Allahyarham.

“Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29,” menurut kenyataan itu.

Turut dimaklumkan, jenazah akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi malam ini dan dijangka solat jenazah akan dilakukan pada jam 9 pagi esok.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada jam 10 pagi esok.

“Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, dijangka akan hadir untuk solat jenazah esok.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut kenyataan itu lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here