PERKONGSIAN seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang tertidur keletihan dalam kelas kerana terpaksa berjaga malam menjaga bayi, mencuri perhatian netizen.
Pemilik akaun @agheyaaa menerusi aplikasi TikTok, beserta tanda pagar #mamamuda memuat naik gambarnya memakai seragam sekolah, terlena di atas meja kelas beralaskan buku.
“Bila kau jadi ibu terlalu muda,” tulisnya ringkas.
Dalam hantaran itu, pelajar berusia 17 tahun tersebut berkata, dia perlu menjaga bayinya pada malam hari menyebabkan dirinya kurang tidur dan mengantuk ketika sesi pembelajaran di kelas.
Beberapa foto ketika dia terpaksa ‘berjaga malam’ untuk bayinya turut dimuat naik pelajar itu dalam video terbabit.
Walaupun situasi pelajar itu menjadi pertikaian bagi yang kurang bersetuju dengan perkahwinan bawah umur, namun ada yang memberi kata-kata semangat.
“Tak apa dik. Itu dah tertulis untuk awak, jalani dengan semangat jangan putus asa. Nanti anak dah besar jadi macam kawan-kawan dia je,” kata Nurul Atikah Rifqi.
“Bangga sangat ada anak di usia muda lepas itu gigih pergi sekolah mesti anak awak bangga nanti. Semoga awak habis belajar nanti,” ujar Sharifahvey Saluan.
“Semoga jadi teladan bagi adik-adik yang masih sekolah. Jaga diri jangan ambil ringan bab diri. Untuk adik ni semoga tabah menghabiskan sekolah, jaga kesihatan juga,” kata Mrs. – Malaysiapost

