Insiden Tak Bai: PDRM tingkat kawalan sempadan, sedia hadapi kemungkinan

0
2
Sekatan Jalan Raya di jalan Kuala Lumpur - Ipoh dari kedua-dua arah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bermula pukul 12.01semalam sehingga 27 Oktober 2020. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron.

“Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan.

“Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai.

Terdahulu, Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan, malam tadi.

Kejadian dilapor berlaku pada jam 9.40 malam dan dipercayai menyasarkan pihak berkuasa.

Malah, kejadian itu dilapor turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat dyang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here