Tengku Zafrul ahli Umno, kata Ahmad Maslan

0
3

UMNO mengesahkan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz adalah ahli parti itu sebelum beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengesahkan perkara itu turut memaklumkan salah seorang ahli keluarga Tengku Zafrul adalah Timbalan Ketua Umno Lembah Pantai, lapor Utusan Malaysia.

“Ya saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli Umno, bukan benda baharu. Dia dah jadi ahli Umno sejak dulu lagi, belum jadi menteri lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti kawasan Parlimen Tengku Zafrul mendaftar sebagai ahli Umno.

Tengku Zafrul adalah ahli Dewan Negara yang dilantik sebagai Menteri Kewa­ngan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.

Khidmat beliau diteruskan sehingga hari ini di bawah pentadbiran Perdana Men­teri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini dikhabarkan Tengku Zafrul sedang mencari kawasan untuk ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Antara yang disebut-sebut adalah di kawasan Parlimen Lembah Pantai, selain turut aktif mengadakan program bersama masyarakat di Kuala Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here