Kor Ming, lagi kamu jawab lagi kelihatan bodoh – Najib 

0
2

DATUK Seri Najib Razak terus membidas Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung kenyataannya mempertikai penggunaan jenama kereta peronda yang digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  

Terbaharu, Kor Ming menerusi ciapan di Twitter membangkitkan isu penggunaan kereta jenama import sebagai kereta peronda PDRM, mendapat maklum balas daripada Najib, hari ini.  

Bekas Perdana Menteri itu, menerusi hantaran di Facebook menempelak Ahli Parlimen Teluk Intan itu yang d8dakwa masih mahu menegakkan benang basah walaupun sebelum ini beliau telah menjawab persoalan Kor Ming yang mempertikaikan penggunaan Proton X70 oleh PDRM.  

“Ini hasilnya apabila tak mahu mengalah. Mula-mula pemimpin DAP Nga Kor Ming cuba tipu/hasut rakyat dengan membuat tweet dengan bertanya “Polis Kenya pun pakai Proton X70. Mengapa PDRM tak buat begitu”. 

“Saya pun jawab semalam bahawa PDRM sudah buat begitu sejak Ogos 2020, sekali gus menghentikan cubaan menghasut dia. 

“Tapi dia tak mahu mengalah. Hari ini pula dia tweet bahawa Najib tak faham soalan dia dan bertanya kenapa PDRM turut guna kereta Honda Civic sebab ia bukan kereta buatan Malaysia,” katanya.  

Menjelas mengenainya, Najib berkata, tidak ada salahnya PDRM menggunakan kereta jenama import berdasarkan keperluan semasa sedangkan pada masa sama masih kekal menggunakan kereta jenama tempatan berbanding pemimpin DAP di Pulau Pinang yang tegar menggunakan kereta jenama import dalam urusan rasmi kerajaan.  

“Isu asas ialah PDRM juga pakai kereta Proton X70. Sekiranya PDRM rasa ada keperluan untuk mengguna kereta-kereta lain maka terpulanglah kepada mereka. 

“Tapi saya juga nak tanya Nga Kor Ming dan DAP yang begitu hipokrit hanya sebab mereka mahu menipu dan menghasut rakyat. 

“Kenapa kerajaan Pulau Pinang bawah DAP masa boss kamu Guan Eng menjawat sebagai ketua menteri beli Mercedes S-class baru untuk dirinya dan kereta Toyota Camry bagi EXCO kerajaan? 

“Mercedes dan Toyota itu kereta buatan Malaysia ke? Kenapa kerajaan Pulau Pinang bawah DAP masa Chow Kon Yeow menjawat sebagai ketua menteri beli Mercedes S-class baru untuk dirinya dan kereta Toyota Camry bagi EXCO kerajaan? 

“Kenapa kerajaan PH ketika boss kamu menjawat sebagai Menteri Kewayangan rancang untuk beli 32 unit Velfire bagi menteri dan 4,000 unit Honda Accord? 

“Toyota dan Honda itu kereta buatan Malaysia ke? Soal Najib.  

Justeru, Najib berharap, Kor Ming dan pemimpin DAP menghentikan usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.  

“Nga Kor Ming, sudah-sudahlah. Lagi kamu jawab, lagi kelihatan bodoh dan desperate,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here