Salahuddin nafi keluar kenyataan ‘beri peluang Cina tadbir Malaysia’

0
2

TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menafikan beliau mengeluarkan kenyataan mengajak orang Melayu memberi peluang kepada bangsa Cina mentadbir Malaysia.

Ia susulan tular di media sosial satu poster terpapar gambarnya serta kapsyen membandingkan situasi di Singapura apabila orang Melayu yang menjadi minoriti boleh menjadi Presiden di negara jiran tersebut.

“Ini adalah palsu dan niat jahat sesetengah pihak menyebarkan fitnah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memuat naik serta menyebarkan poster ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Menerusi poster tersebut, tertera kapsyen: “”Singapura memberikan kita contoh terbaik. Jika Melayu minoriti boleh menjadi Presiden Singapura, mengapa tidak kita memberi peluang bangsa Cina mentadbir Malaysia. Ia idea yang bagus.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here