Gadis sebak, 20 kek jualan rosak akibat ‘sangkut’ 4 jam di Jambatan P.Pinang

0
2

LAUT mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitu jugalah resam kejayaan seorang usahawan. 

Setiap usahawan berjaya tidak terlepas diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum menikmati kemanisan puncak kejayaan.

Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook, Afifi Fahimi Aco yang menyaksikan adiknya sedang mengharungi dugaan dalam perniagaan  apabila 20 kek yang ditempah pelanggan rosak akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

“Terkandas empat jam dalam jem Jambatan Pulau Pinang, 20 biji kek jualan untuk Konvokesyen USM (Universiti Sains Malaysia) rosak, dugaan adik perempuan saya hari ini, tapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dalam kereta tadi. 

“Air mata tu bukan putus asa, tapi tu lah air mata kekuatan dalam cabaran berniaga. Bertambah semangat dia,” katanya.

Trafik sesak di Jabatan Pulau Pinang.

Meskipun perit menghadapi ujian itu, namun Afif berharap ia tidak mematahkan semangat adiknya, Aliyah Musfirah Aco, sebaliknya menjadikan gadis itu lebih kental untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan. 

“20 biji kek yg didekorasikan konsep konvokesyen dibawa dari Aco Cafe Bertam seawal  6.45 pagi, semuanya cair dan tak dapat dijual. 

“Sebagai abang, kesian lah kan tengok hasil seni dan kerja keras adik perempuan saya macam tu, tapi bagi saya semua orang yang berjaya dalam ‘business’ tiada jalan yang mudah . 

“Sebagai orang muda , semangat dan tenaga kita muda , teruskan jangan kecewa,” katanya.

Afif menambah, setiap dugaan yang dihadapi usahawan adalah pengalaman berguna dalam dunia perniagaan. 

“Dulu saya pun lalui bermacam dugaan, tapi Alhamdulillah semua pengalaman tu lah yg menjadikan kita kental, lebih bijak atur taktikal, fikir plan kontingensi, susun dan atur. 

“Pengalaman adalah guru terhebat. Jangan putus asa! Teruskan usaha, Allah janji ada hasil jika berusaha. 

“Kepada adik saya Alia Musfirah Aco, terus usaha! Tiada kejayaan dengan jalan yang mudah,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here