Emir Kuwait meninggal dunia

0
3

[DUNIA] Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.

Memetik laporan Agensi Berita Kuwait (Kuna), Sheikh Sabah berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini.

Menurut Menteri Amiri Diwan Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah, Sheikh Sabah dimasukkan ke hospital pada 18 Julai lalu untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian.

Buat masa ini, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah memangku sebahagian tugas Sheikh Sabah.

Sheikh Sabah mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pemimpin yang banyak membantu negaranya dalam serangan Iraq pada 1990, krisis pasaran minyak dunia dan pergolakan di Parlimen dan jalanan.

Beliau juga dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk.

Sheikh Sabah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Amerika Syarikat yang sering dikunjunginya untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan di Kuwait. -Malaysiapost