PAS terima padah PRU15 jika terus bersama PN

0
3

PAS bakal menerima padah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya terus bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia hasil pemerhatian penganalisis politik, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara yang berkata kaitan PAS sekarang dengan PN merosakkan parti tersebut.

“Jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak dapat meyakinkan pemimpin PAS bahawa berada dalam PN tidak memberi faedah kepada mereka, saya tidak tahu apa lagi yang boleh meyakinkan mereka,” katanya memetik Malaysiakini, hari ini.

Merujuk hubungan tegang PAS dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) selepas ia menyertai PN, Azmi mendakwa, pemimpin tertinggi parti itu tidak mahu mengakui mereka melakukan kesilapan kerana membiarkan ego menguasai diri.

Azmi berkata, jika kekal dalam PN untuk PRU15, PAS akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen yang dipegangnya ketika ini memandangkan Umno semakin kuat di Kedah dan Terengganu.

“Namun ia mungkin dapat mengekalkan kerusi-kerusi itu jika ia memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno dan disenangi Umno, katanya.

BACA LAGI: PAS tolak Wan Ahmad Fayhsal di Bagan Serai

Terdahulu, PAS kalah di kesemua lapan kerusi yang ditandinginya pada PRN Melaka tahun lepas dan hanya memenangi satu daripada 14 pertandingan pada PRN Johor Mac lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here