Murid 10 tahun maut digilis lori selepas hadir sambutan Hari Raya 

0
2

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut selepas motosikal dibonceng bersama ibunya digilis lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, semalam.  

Difahamkan sebelum kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Airis Iman dikatakan sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya. 

Menurut saksi, mangsa kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut, lapor Astro Awani. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata nahas dipercayai berlaku apabila ditunggang ibu mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya. 

“Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Shafee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here