“KALAU saya silap, dia boleh jawab dan betulkan, tapi kalau betul, baguslah saya doakan kebahagiaan dia”, demikian kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua Armada Bersatu itu mengulas mengenai ucapan selamat pengantin baru kepada Datuk Seri Najib Razak di ruangan komen pada hantaran bekas Perdana Menteri itu di Facebook, hari ini.
Menurutnya, terpulang kepada Ahli Parlimen Pekan itu menjawab kisah di sebalik gambar yang tular di media sosial kerana seluruh Malaysia turut tertanya-tanya mengenainya.
“Bukan saya sahaja, satu Malaysia pun tertanya-tanya. Setakat ini Datuk Seri Najib pun belum menjawab menjelaskannya.
“Saya tiada apa-apa motif pun, perkara baik apa salahnya. Kena tanya tuan badan itu sendiri (sahkan). Kalau betul saya doakan dia bahagia,” katanya kepada Malaysiapost.
Terdahulu, ucapan itu dibuat dalam komen di Facebook Najib yang memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.
“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Ahmad Fayhsal, yang mencetuskan ramai.
Najib pernah berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.
Selepas bercerai dengan Tengku Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Datin Rosmah Mansor.
Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa. – Malaysiapost

