Hanya kontak rapat dikuarantin 14 hari

0
4

Fitri Nizam

Jika ada kontak rapat dengan individu positif Covid-19 barulah kuarantin 14 hari diwajibkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, individu yang pulang dari Sabah harus menjalani ujian saringan Covid-19 dan perlu kuarantin sehingga keputusan keluar.

“Dengan izin Allah, selepas keputusan negatif perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin,” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, ramai yang menimbulkan persoalan kepada bukan 14 hari kuarantin.

Justeru, beliau berkata, kerajaan membenarkan rentas negeri dan Sabah samalah dengan negeri yang lain.

“Seperti Kedah, terdapat kes mendadak kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari Kedah. Namun kita buat swab test mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes.

“Swab test untuk kepastian status. Jika negatif teruslah dibebaskan dari kuarantin. Lagipun, seluruh Sabah tidak red zone (zon merah) kecuali empat daerah.

“Namun jika ada kontak rapat (close contact) yang positif, 14 hari kuarantin wajib,” jelasnya. – Malaysiapost