Umno kekal kerana didukung pemimpin, ahli yang setia – Khaled Nordin

0
2

UMNO menjadi parti kekal, segar dan berdaya tahan kerana didukung oleh pemimpin dan ahli parti yang setia bersama parti itu sewaktu senang mahupun sukar.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata beliau mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pemimpin dan ahli Umno yang setia bersama parti itu termasuk di saat kejatuhannya.

“Ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada semua pemimpin dan ahli-ahli Umno dari semua lapisan dan di pelbagai peringkat kerana komitmen, sumbangan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi.

“(Kerana) merekalah hari ini Umno dapat menyambut ulangtahunnya yang ke-76, dan menyambutnya dalam keadaan Umno masih kekal, segar dan berdaya tahan,” katanya menerusi Facebook.

Mohamed Khaled berkata, ahli dan pemimpin yang setia ini adalah nadi kepada perjuangan Umno, dan berharap mereka akan terus kekal menjadi pendukung kuat parti.

“Mereka semua inilah, di saat Umno di atas dan berkuasa, di saat Umno jatuh dan hilang segala-galanya, mereka kekal sebagai pendukung kuat parti ini.

“Adalah diharapkan mereka sentiasa dalam perlindungan Allah SWT agar dapat terus menyumbang dan menjadi nadi kepada Umno ini,” katanya.

Umno menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-76 tahun hari ini.

Ini bermakna sudah lebih tujuh dekad Umno menjadi parti yang terus relevan di persada politik negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here