Aliff Syukri sebak imbau kenangan jadi ‘budak flet’

0
2

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebak mengimbau masa lalu, hidup bersama Allahyarham bapanya, Kamarzaman Kamaludin di sebuah flet di Seksyen 20, Shah Alam.

Aliff menerusi video di Facebooknya berkongsikan bagaimana dia meneruskan kehidupan bersama arwah abahnya.

Menurutnya, dia membantu arwah abahnya berniaga nasi lemak serta berusaha menanam pokok untuk mencari duit poket ke sekolah.

Katanya, pengalaman itu yang mengajar dirinya menjadi lebih kuat dan berjaya kini.

“Hati jangan menangis kenangan hidup yang tak dilupakan aku anak yang dilahirkan di Felda Kecau Pahang.. abahku pengawal kesalamatan dan berniaga nasi lemak lebih 30 tahun.. inilah universiti saya.

“Di rumah flet ini saya duduk di sini. membesar tinggal dengan arwah abah saya… Hari-hari saya berniaga, tolong abah saya niaga dan saya memang suka tanam pokok dari dulu untuk dijadikan belanja sekolah.

“Satu flet kenal syukri yang nakal tak duduk diam…hari ni saya imbau kenangan kebetulan lalu di seksyen 20.. tak sangka ada lagi jiran-jiran yg masih mengenali saya. Rasa jauh bila teringat kenangan zaman dulu, terima kasih kenangan yang sukar itu mengajar aku menjadi menghargai masa depan kini,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga menyatakan akan membantu penduduk di blok flet tersebut melalui bantuan zakat.

“Siapa kenal saya masa saya duduk sini sila komen di bawah saya nak jumpa.. rindu member lama-lama. InsyaAllah beri bantuan zakat di blok ini.. sabar ya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here