Monsun Barat Daya dijangka bermula Sabtu ini – MetMalaysia

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Barat Daya akan bermula Sabtu dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah, berkata semasa tempoh itu, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain serta menghasilkan taburan hujan yang rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Katanya, ketika tempoh itu, fenomena jerebu juga boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober.

Jsuteru, beliau menasihati orang ramai agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here