PROTON Holdings Berhad bakal melancarkan Proton Saga baharu pada Khamis ini.
Proton menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan pelancaran model baharu itu akan disiarkan secara langsung melalui laman media sosial sama, jam 9.45 pagi.
“Justeru, kepada mereka yang berminat dengan ‘SAGA INTELLIGENT PROPOSITION’ boleh mendaftar menerusi pautan http://www.proton.com/en/new-saga-register-interest,” katanya.
Dalam iklan tersebut dapat dilihat Proton Saga 2022 diperbaharui dan lebih mantap dengan kemasan pada roda dan skirting tepi yang baharu.
Difahamkan, ia juga bakal hadir dengan ciri keyless entry dan butang push start. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

