Perkataan ‘negro’ di Amerika dikira ‘biadap’ – Mimi Fly

0
1

PENYANYI Mimi Fly meminta masyarakat dan media lebih berhati-hati menggunakan perkataan ‘negro’ terhadap teman lelakinya yang berketurunan Afrika-Amerika, bagi mengelakkan timbul salah faham.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata perkataan negro dianggap biadab dan merendahkan golongan Afrika-Amerika.

“Wahai orang Malaysia, buka matamu dan belajar memahami. Sekarang dah 2022, jangan lagi hidup dalam perpecahan dan perpisahan.

“Perkataan ‘negro’ kalau di Amerika hari ini dikira biadab. Ia adalah terma yang dicipta oleh kaum orang putih pada zaman (orang) Afrika-Amerika dijadikan hamba.

“Bertahun-tahun dan berdekad mereka bertarung demi kemerdekaan daripada slavery (penghambaan) dan terlalu ramai telah berkorban termasuk Martin Luther King, demi kebebasan dan hak asasi mereka.

“Kalau digunakan sekarang, tindakan tersebut hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat golongan berkenaan rasa kerdil dan lemah,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Kredit Foto: Instagram @mimiflyyy

Menurut Mimi, dia mengambil langkah tidak mahu mengambil pusing jika ada pihak melabelkan cita rasanya terhadap mana-mana lelaki.

“Saya bukan jenis yang senang melatah. Persepsi kalian tentang saya bukan tanggungjawab saya. Sejak permulaan karier, saya memang dikenali sebagai seseorang yang sangat berbeza. Saya ada citarasa yang berlainan, gaya berbeza.

“Saya adalah siapa diri saya. Harapan saya sekarang adalah agar saya dapat kembalikan rasa dialu-alukan yang telah saya terima sepanjang saya berada di sana daripada keluarga dan rakan-rakannya.

“Mereka dah layan saya macam saya ini sebahagian daripada keluarga mereka. Elakkan (penggunaan perkataan tersebut) agar mereka tahu orang Malaysia ini, baik sebenarnya.

“Tak biadab dan bukanlah ignorant (jahil). Doakanlah yang terbaik untuk saya. Terima kasih buat semua yang ambil berat tentang saya. Sebenarnya, saya sangat bahagia sekarang dan sedang jalani kehidupan dengan seronok,” katanya.

BACA LAGI: Duit raya anak Neelofa RM14,020

Dalam masa sama, Mimi turut berharap agar orang ramai belajar lebih menghormati antara satu sama lain walaupun rasisme masih berleluasa di negara Uncle Sam tersebut.

“Walaupun rasisme masih berleluasa, mereka lebih hormat satu sama lain dan tak lagi memanggil orang kulit hitam dengan gelaran seperti negro tetapi guna panggilan orang Afrika-Amerika, colored (orang kulit berwarna) atau black (orang kulit hitam).

Sebelum ini, Mimi mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi jejaki kulit hitam warganegara Amerika Syarikat yang juga doktor pakar tulang belakang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here