PM santuni tetamu Rumah Terbuka Hari Raya

0
2

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob meraikan ribuan tetamu dan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Rumah terbuka tersebut merupakan kali pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan diadakan di kediaman rasminya.

Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung hadir pada majlis rumah terbuka itu yang berkonsepkan suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa.

Ismail Sabri yang memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping, tiba di khemah utama Laman Sari iaitu tapak majlis rumah terbuka itu berlangsung pada jam 10 pagi bersama isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan terus menyantuni para tetamu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here