Tak sia-sia korbankan Hari Raya

0
1

SKUAD B-23 negara semalam cemerlang menewaskan pasukan pilihan, Thailand dalam aksi pembukaan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh di Vietnam.

Walaupun ada menyatakan Malaysia bernasib baik menentang Thailand yang bermain 10 orang, namun skuad negara sememangnya layak meraih tiga mata kerana menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Susulan kejayaan itu, kapten pasukan, Mukhairi Ajmal melahirkan rasa syukur sambil berterima kasih kepada rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan hingga mendapat gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.

Pemain tengah Selangor itu juga menghargai pengorbanan semua rakan sepasukan yang ‘mengorbankan’ sambutan Aidilfitri kali ini demi membawa nama negara di temasya sukan dwi tahunan tersebut.

“Syukur alhamdulillah. Thank you boys korban kan raya korang. Stay humble,” ciapnya di Twitter.

Dalam aksi malam tadi, Thailand mendahului pada minit ke-33 menerusi Patrik Gustavsson sebelum Danial Asri menyamakan kedudukan pada minit ke-61.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Nur Azfar Fikri Azhar menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94.

Skuad negara akan bertemu Laos dalam aksi kedua di stadium sama pada Rabu ini. – Malaysiapost

https://twitter.com/Mukhairi_Ajmal/status/1522970278334148609?t=HmtrYViU-6IGgRrJaV758g&s=19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here