Pemandu potong ‘Q’ ditahan

0
2

SEORANG lelaki ditahan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak susulan tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu dan merbahaya di Pekan Parit, Perak, semalam.

Video tular berdurasi 51 saat itu memaparkan kereta jenis Proton Saga terbabit dipandu secara melulu dan merbahaya dengan tindakan potong ‘Q’ dan memotong di garisan berkembar.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata hasil siasatan yang dijalankan polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan yang beralamat di Pusing, Batu Gajah.

“Lelaki berkenaan mengaku memandu kereta terbabit pada jam 3.40 petang semalam sepertimana rakaman video yang ditularkan.

“Tangkapan dilakukan terhadap suspek serta rampasan kenderaan yang digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA LAGI: Ibu bapa pergi selang 12 jam, 3 beradik tabah terima kententuan ilahi

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk tindakan lanjut dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis Perak melalui JSPT Perak akan terus mempertingkatkan operasi bagi membanteras sepenuhnya isu samseng jalan raya dan orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here