Urusan dadah dipercayai punca lelaki ditembak di kepala

0
1

URUSAN jual beli dadah dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki yang ditemui dengan kesan tembak di dahi dalam sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, berkata susulan kes berkenaan siasatan polis membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun.

“Tangkapan pertama kini direman selama enam hari bermula semalam hingga 9 Mei ini.

“Dua lagi tangkapan berjaya dibuat membabitkan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 47 hingga 51 tahun dan permohonan reman akan dibuat,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurutnya, turut dirampas adalah satu pistol Revolver .38 beserta enam butir peluru dan satu lagi pistol semi auto jenis Beretta beserta lapan butir peluru dan satu kelopak peluru.

BACA LAGI: 168 mangsa terjejas banjir di Pontian

“Turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda RS150 warna merah, dua topi keledar warna hijau dan putih, dua baju dan seluar panjang, dua kasut sukan, topi, beg silang, dan tiga telefon bimbit pelbagai jenama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here