Aeril Zafrel dapat kejutan ‘Lamborghini Aventador’ dari Wawa

0
3

PELAKON, Aeril Zafrel sebak selepas menerima kejutan daripada isterinya Wawa Zainal, yang menghadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador warna kuning diidamkannya selama ini.

Aeril berkata, dia sama sekali tidak menjangka menerima kereta mewah yang dianggarkan bernilai RM2.27 juta itu daripada isteri tersayang.

“Saya memang tak tahu Wawa beli. Sebelum ini, saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli Lamborghini Aventador.

“Pun begitu, waktu itu, dia tak bagi (beli) sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu dilunaskan.

“Barangkali sudah tiba saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa. Dua tiga tahun selepas itu, tukar kereta lain pula. Dengan hadiah ini, sekurang-kurangnya, dapat memenuhi impian,” katanya seperti dilapor Kosmo.

BACA LAGI: Video muzik Datuk Vida dikecam tampil lelaki berpakaian perempuan

Menurut Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, ketika diberikan kejutan, dia sebenarnya menganggapnya hanyalah kereta sewa namun ternyata, tidak sama sekali.

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingatkan kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa sungguh tak sangka,” katanya.

Menurut pelakon filem KL Vampires itu, edisi Lamborghini berkenaan sudah tidak dikeluarkan di pasaran selain memang inginkan warna kuning.

Dalam pada itu, menerusi Instagram, Wawa berkata, hadiah yang diberikannya itu sebagai ganjaran kepada suaminya yang sentiasa berada di sisi dalam membantu menguruskan perniagaan.

Katanya, hadiah itu juga tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan Aeril sebagai suami dan bapa kepada empat anak mereka selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang anda buat untuk keluarga selama ini.

“Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dialah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Seni & Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here