Ingkar PKPP: 661 ditahan, 577 leka berhibur

0
2

Fitri Nizam

KESALAHAN membabitkan aktiviti dalam pub dan kelab malam terus meningkat apabila seramai 577 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jumlah itu menjadi penyumbang terbesar kesalahan ingkar PKPP yang keseluruhannya adalah 661 individu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata daripada jumlah keseluruhan yang ditahan seramai 648 individu dikompaun manakala 13 direman.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (577), penjarakan fizikal (42) dan tidak memakai pelitup muka (30).

“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati terdapat kes gagal menyediakan menyediakan peralatan/merekod butiran diri (8), premis beroperasi lebih masa (3) dan gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong dan satu penyeludup berjaya ditahan dalam Ops Benteng selain turut merampas sembilan kenderaan darat.

Selain itu, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan khas terhadap 948 premis sebelum mendapati terdapat 15 premis gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“15 premis itu diberi nasihat kerana tidak patuh sop,” katanya. – Malaysiapost