Nurul Huda Abhar
SEEKOR tapir cedera dirempuh dua kereta ketika haiwan itu melintas jalan secara tiba-tiba di Jalan Bukit Besi, Kampung Serdang, Dungun Terengganu.
Gambar tapir cerdera itu dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebooknya.
Persatuan itu berkata, haiwan itu semakin terancam ekoran penggondolan hutan secara besar-besaran.
”Inilah bahana apabila habitatnya digondolkan.
“Kepupusan haiwan liar di Malaysia adalah kerana haiwan liar kehilangan habitat akibat pembalakan besar-besaran tidak terkawal dan tanpa perancangan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebagai info tambahan, tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan, tenuk, badak tampung yang paling besar berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia.
Uniknya tapir ini kerana warnanya putih dan hitam memudahkannya untuk menyamar dan ia termasuk dalam senarai haiwan terancam di Malaysia. – Malaysiapost

