Masih fasa perkenalan – Yasmin Hani

0
3

PENGACARA dan pelakon, Yasmin Hani memaklumkan hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih di peringkat awal perkenalan, namun tidak menolak jodoh.

Hani berkata, dia tidak mahu terburu-buru dalam sesuatu perhubungan, tetapi jika hubungan ini menjadi, dirinya akan berkongsi perkara tersebut.

“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.

“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Bagaimanapun, kongsi Hani berkaitan Alif, dia berkata Alif seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa, malah menghormati orang serta sopan.

BACA LAGI: Achey menangis tepi jalan, terima berita ibu meninggal dunia

Sementara itu, Alif mengakui tertarik dengan sifat Hani yang peramah, baik dan manis. Malah, Alif berkata mereka masih lagi dalam proses mengenali satu sama lain.

“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya. Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Hani berkata dia tidak meletakkan sasaran bilakah akan kembali berumah tangga kerana apa yang penting baginya adalah untuk mencari kebahagiaan.

“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” katanya.

Sebelum ini, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram Alif Hadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here