Majlis angkat sumpah Ketua Menteri esok

0
4

MAJLIS angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang dijadualkan jam 10 pagi ini, ditunda lagi ke jam 10.30 pagi esok.

Berdasarkan surat yang diedarkan Jabatan Penerangan Sabah pagi ini, ia hanya menyatakan tujuan, tetapi tidak menjelaskan siapa Ketua Menteri.

Surat berkenaan dikeluarkan berdasarkan sumber dari Istana Negeri.

Ini adalah pertukaran kedua selepas jadual awal majlis angkat sumpah yang ditetapkan jam 10 pagi semalam, sebelum ditukar lagi ke jam 10 pagi ini.

Foto Kredit: NSTP