Ketua Menteri Sabah: TYT dijangka buat keputusan esok

0
3

YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka akan mengumumkan nama Ketua Menteri Sabah yang baharu esok, kata Setiausaha Agung Umno,
Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.

“Tiga wakil Bebas menyatakan sokongan kepada GRS. Jadi ada 41 kerusi bentuk Kerajaan Negeri ini.

“(Datuk Seri) DS Shafie dan lain-lain cuma ada 32. Kita yang bentuk kerajaan.
TYT (Juhar) dijangka buat keputusan tentang Ketua Menteri esok,” katanya menerusi akan Twitternya.

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jamid telah memasuki Istana Negeri.

Kesemua mereka dikatakan telah menyerahkan nama calon ketua menteri yang baharu untuk pertimbangan Tun Juhar. – Malaysiapost