33 kematian baharu Covid-19

0
2
rumah mayat covid hkl

SEBANYAK 33 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 35,160 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 10 daripada 33 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selain itu, seramai 167,130 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 385 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,423 kes dirawat di hospital dan 234 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here