Tiga media bergabung anjur debat Najib-Anwar

0
1

TIGA media terkemuka negara bergabung dan bekerjasama untuk menganjurkan debat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Debat tersebut bagi merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad sama ada ia perlu diselamatkan oleh kerajaan atau sebaliknya.

Media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Awani dan Sin Chew Daily yang akan membawakan debat itu kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform.

Debat yang penuh bersejarah itu bakal mendapat liputan di media cetak, media dalam talian malah menerusi televisyen, lapor Sinar Harian.

Semalam, media melaporkan Anwar dan Najib masing-masing sedia berdebat berhubung kemelut Sapura Energy Bhd.

Najib dilaporkan berkata semalam meminta pasukan Anwar dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya berhasrat ia disiarkan secara langsung

Anwar menerusi kenyataan hari ini meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperinci dengan pihak Najib berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan Sapura. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here