Tiada siasatan terhadap Tun M – PDRM

0
3

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan memberi penerangan pada sidang media selepas sesi lawatan kerja di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat terhadap Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad seperti mana dilaporkan beberapa portal berita semalam susulan kenyataan bekas Perdana Menteri terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata kali terakhir Dr Mahathir dipanggil oleh PDRM adalah pada 23 Mac lalu.

“Ia bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau (Dr Mahathir) diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihadilkan oleh bekas Peguam Negara tersebut berjuful ‘My story: Justice in the wilderness’,” katanya dalam satu kenyataan.

De Mahathir dalam satu kenyataan semalam, berpendapat keadilan di Malaysia ketika ini orang yang mencuri seekor ayam masuk penjara serta merta, manakala yang curi berbilion dan didapati bersalah oleh mahkamah dibebaskan dengan memulangkan semula sebahagian yang dicuri.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau akan dipanggil untuk di soal siasat dan di Malaysia ia adalah satu tekanan yang menakutkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here