‘Pelajar tak sepatutnya aibkan pensyarah’ – Anak Zahid

0
2

DATUK Nurul Hidayah Ahmad Zahid tampil mempertahankan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Ts Roshana Takim yang tular selepas memarahi seorang pelajar lelaki kerana tidak mempunyai komputer riba.

Berkongsi di Instagram, Nurul Hidayah, berkata pelajar berkenaan tidak sepatutnya memuat naik rakaman sesi pembelajaran dalam talian tersebut di media sosial jika benar-benar mahu menuntut ilmu.

“Zaman sekarang kena marah dengan pensyarah pun masuk ‘socmed’ (media sosial).

“Budak zaman nijam (masa kini). Divert (alihkan) la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan ‘share’ atau aibkan pensyarah macam tu,” tulisnya.

Anak kepada Presiden Umno itu juga mengingatkan pelajar berkenaan perlu sedar realiti di alam pekerjaan lebih mencabar berbanding ketika sesi pembelajaran di peringkat universiti.

“Realiti lagi teruk. Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak kat ‘socmed ker’ macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat socmed,” tulisnya.

Hidayah menyifatkan pendidik itu tidak menghina golongan B40 malah nada kasar yang digunakan kerana mungkin terlalu kecewa dengan sikap pelajar berkenaan.

“Pendapat saya, Prof tu marah sebab dah semester lima tiada ‘laptop’. Yerla orang susah tetapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai ‘priority’ (keutamaan).

“Saya ni ada jugak pensyarah yang saya tak suka tapi tidakah sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la ‘student’ yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran,” katanya.

Hidayah turut memberi contoh ramai dalam kalangan anak B40 yang berjaya dan bersungguh untuk mencapai apa diimpikan.

“Ramai saja orang B40 yang berjaya. Ramai saja orang mak pak yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yang buat ‘part time’ kerja untuk beli laptop.

“Ramai saja yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil kerajaan, ADUN, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 45 saat yang memaparkan tindakan pensyarah itu memarahi pelajar lelaki berkenaan termasuk menyentuh perihal keluarganya.

Video itu menjadi polemik netizen di media sosial dengan ada yang mempertahankan dan mengecam tindakan pensyarah itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here